Sekitar RTK

Posted by Rumah Titian Kaseh | Posted in





First Product

Posted by Rumah Titian Kaseh | Posted in




Biskut Chocolate Chips.

Begitulah nama yang diberikan dan rasanya memang enak. Sesuai untuk sebarang occasion, biskut ini memang rangup. Bak kata Mak Pah, kalau rasa biskut ini sekali, confirm tak mahu beli chipsmore. Hehe.

Biskut ini dibuat khas oleh ibu-ibu tunggal di RTK dan antara biskut yang paling laku. Satu bekas berharga RM 10.00. Sangat murah dan berbaloi.


Apa tunggu lagi? Ibu-ibu di RTK sedia menerima tempahan anda!

Pengenalan

Posted by Rumah Titian Kaseh | Posted in

Rumah Titian Kaseh (RTK) adalah sebuah pusat jagaan yang ditubuhkan untuk membela nasib, meningkatkan pembangunan pembelajaran, kesihatan dan kerohanian penghuninya. Rumah Titian Kaseh yang diasaskan oleh Hajjah Sharifah bte Adlan, memfokuskan jagaan dan perlindungan kepada anak-anak yatim, OKU, warga emas dan ibu tunggal serta wanita-wanita yang didera atau dianiaya.

RTK kini menyewa 2 kediaman berdekatan dengan Tasik Titiwangsa, dan sewa bulanan untuk kedua-dua kediaman berjumlah RM 7700.00. Ini tidak termasuk perbelanjaan bulanan dan kos sara hidup anak-anak ke sekolah.

RTK mengambil inisiatif untuk menjana pendapatan sendiri melalui hasil jualan homemade bakery, kerepek dan kraftangan yang diusahakan dan dihasikan oleh ibu-ibu tunggal dan anak-anak di RTK.

Maka, melalui blog ini, diharapkan hasil-hasil homemade product ini dapat dipasarkan dengan lebih meluas seterusnya dapat membantu untuk menjana pendapatan untuk kelangsungan anak-anak dan penghuni di RTK.